anak angkat & aurat

View previous topic View next topic Go down

anak angkat & aurat

Post by sabila05 on Fri May 23, 2008 11:54 pm

Assalamualaikum ya ust apakah pandangan islam mengenai pengambilan anak angkat dan permasaalahan yg timbul selepasnya. Seorang sahabat ana telah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga tanpa dikurniakan anak hingga mendorong beliau utk mengambil anak angkat yg masih bayi tetapi menghadapi delima kesukaran utk menjaga aurat bila bayi tersebut telah akil balighnanti. Lalu sahabat2 ana yg lain mengesyorkan agar beliau mengambil suntikan utk mengeluarkan susu dari payu daranya iaitu formula terbaru dibidang perubatan utk disusukannya bayi tersebut hingga beberapa kali kenyang seperti mana yg dianjurkan syariat.Apa pandangan ust tentang kaedah tersebut apakah dibenarkan islam utk mengelakkan permasaalahan tadi.

sabila05
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 13
Registration date : 2008-05-07

View user profile

Back to top Go down

Re: anak angkat & aurat

Post by shauqi on Tue May 27, 2008 8:43 pm

Waalaikumsalam....sekiranya wanita tersebut dapat menyusu anak angkatnya dengan syarat-syarat yang akan disebutkan di bawah ini ... maka jadilah ibu angkat tersebut sebagai ibu susuan.

Syarat yang menyebabkan seorang anak angkat itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:
1. Perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.
2. Anak yang disusukan. Disyaratkan anak angkat itu umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain)
3. Air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak angkat berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang." (Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar sahabi daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya yang bermaksud : "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)." (Hadis riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Sahih Muslim)

Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak angkat dengan susu dadanya, nescaya anak angkat itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan. Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.
Jika terputus anak angkat itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Kitab Majmuk)

Hukum Anak Susuan
Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan." (Hadis riwayat Bukhari)

Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, dan ‘aurat. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, dan sebagainya yang ia tidak sabit ke atas anak susuan.

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: anak angkat & aurat

Post by sabila05 on Wed May 28, 2008 11:53 pm

terimakasih ustaz.

sabila05
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 13
Registration date : 2008-05-07

View user profile

Back to top Go down

Re: anak angkat & aurat

Post by Sponsored content Today at 1:21 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum