Kasih Ibu

View previous topic View next topic Go down

Kasih Ibu

Post by saidatulsyifa on Tue Apr 01, 2008 9:00 am

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

saidatulsyifa
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 24
Age : 31
Lokasi : bumi ALLAH
Registration date : 2008-03-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Kasih Ibu

Post by Tilmizah kelate on Thu Apr 03, 2008 6:18 am

ckup sdih n myayat hati lah crita ni.. mmg ckup bsr pgorbann ibu trhdp anknya. ibu mna snggup tgoknya mnderita.. ibu sy slalu brkata ''seorang ibu snggup brkorban apa saja hatta nyawanya skali dmi mmbahagiakan ank2nye''. dgn itu kta sbagai ank jgnlah skali2 brmsm muka dgnnya..ini krana.. lau ibu sdah tiada di dunia brulah kta mrasakan ktiadaanya n pd ktka e2 jgaklah kta mula trasa rndu pdnya,,,rndu yg tiada sdahnye.. pd ank2 yg tlh khilgan ibu sntiasalah mlakukn kbaikan agr sgala apa yg kta lakukn pahala 2 dsmpaikn pdnye...

Tilmizah kelate
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 30
Registration date : 2008-03-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Kasih Ibu

Post by sue_yanty87 on Thu Apr 03, 2008 9:21 am

mmg cdih cita ni tp best............................. Smile

sue_yanty87
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 11
Age : 29
Lokasi : upm
Registration date : 2008-03-24

View user profile

Back to top Go down

Re: Kasih Ibu

Post by dak arab on Wed Apr 09, 2008 4:30 pm

sedih sggh..cite yg sggh mnyayat ht ana..
kholasoh min hazihi qisah..terimalah keadaan dr dgn Redha..

dak arab
Banyak Dah Join
Banyak Dah Join

Number of posts : 44
Lokasi : PANTAI TIMUR
Registration date : 2008-03-26

View user profile

Back to top Go down

Re: Kasih Ibu

Post by Qusyairy Chan on Tue Apr 15, 2008 4:57 pm

sebenarnya kisah ni dah diterbitkan dalam MINDA CANSELOR @ buletin biro perpaduan tu..(kolej canselor) edisi 2006-2007..kalau ana x silap la..

Qusyairy Chan
Senior Member
Senior Member

Number of posts : 163
Age : 31
Lokasi : between heaven
Registration date : 2008-03-23

View user profile http://qusyairychan.blog.friendster.com/

Back to top Go down

Re: Kasih Ibu

Post by Sponsored content Today at 1:54 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum