doa qunut

View previous topic View next topic Go down

doa qunut

Post by puterisalju on Mon Jan 19, 2009 5:33 pm

salam ust,

baru2 nie saya ada dengar sorang ust kata bahwa tidak perlu ada doa qunut dlm solat subuh dan tidak perlu sujud sahwi. Kemudian ada juga jemaah saya mengatakan di mekah tidak ada doa qunut. Dan kalau ikut cara nabi Muhammad s.a.w, doa qunut dibaca ketika ada tujuan tertentu.

Jadi saya telah menunaikan solat subuh tanpa qunut dan sujud sahwi. Adakah batal solat saya itu. Serta adakah solat itu jadi lain bila tiba di mekah.( maksud saya doa qunut tadi)

terima kasih.

puterisalju
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts: 33
Registration date: 2008-11-22

View user profile

Back to top Go down

Re: doa qunut

Post by minew7 on Tue Jan 20, 2009 9:26 am

salam..

saya cuba membantu sikit drpd apa yang saya tahu.

Betul, ustaz yang didengar oleh puterisalju mengenai doa qunut tidak salah. Di dalam mazhab Syafie qunut bukanlah rukun bagi solat tetapi sunat mua'kad.

Berkenaan tiada bacaan doa qunut di Mekah, ini kerana di sana terdapat juga Mazhab lain. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh. Di Malaysia kita mengikut Mazhab Syafie.

Hal ini adalah disebabkan perbezaan pendapat oleh Mahzab-Mahzab. Pendapat-pendapat antara mereka juga tak salah, kerana mereka juga mengemukakan pendapat yang baik lagi kukuh, yang disertakan dalil.

Contohnya, beza mazhab Syafie dan mazhab Hanafi ialah :-
- Syafie ikut “apa yang nabi buat, walaupun nabi tak suruh / order / perintah”.
- Mazhab Hanafi hanya buat apa yang nabi perintah. Kalau nabi tak suruh, mereka tidak buat.

Walaubagaimana pun, berkenaan sujud sahwi yang tidak ada / perlu, itu saya tidak pasti kerana terdapat hadis mengenainya..


Sujud Sahwi: Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa melakukan sesuatu sunat ab'ad seperti tertinggal tahiyyat awal.

Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.

Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam.

Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.

Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu baginda ditanya oleh para jemaah: “(Ya Rasulullah) Adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”

Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”

Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”

(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam.


Hadis Shohih- Riwayat Bukhari dan lain-lainnya)

Manakala mazhab Maliki pula bergantung samada terlebih atau terkurang bilanagn rakaat. Jika terkurang, sujud sebelum salam. Jika terlebih, sujud selepas salam.


Doa qunut: (Perlukah?) Sebab ada ustaz2 kata x perlu doa qunut. Nabi buat doa qunut masa ada kesusahan/masalah.

Tidak perlu. Bila ditanya apa dalil qunut, Imam syafie kata dia cuma mahu mengekalkan apa yang Nabi pernah buat sahaja, tiada dalil khusus. Nabi melakukan qunut selama sebulan sahaja, Nabi buat qunut cuma sebulan (semasa orang Islam yang dihantar untuk berdakwah disatu tempat dibunuh secara zalim) kemudian ditinggalkan.Amalan yang terbaik ialah amalan terakhir Nabi s.a.w. sebelum baginda wafat.

Qunut yang nabi sentiasa buat ialah pada waktu Solat Witir sahaja. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh.

Nabi s.a.w bersabda ‘dijadikan imam untuk diikuti”. Jadi ikutlah imam samada dia baca qunut atau tidak.
Rujukan: Sujud Sahwi

Bagaimana pun, sebaiknya kita menunggu pandangan lebih jelas dan tepat drpd Ustaz Shauqi (:
Sekian.

minew7
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts: 15
Registration date: 2009-01-16

View user profile

Back to top Go down

Re: doa qunut

Post by shauqi on Tue Jan 20, 2009 9:54 am

Salam...

Doa qunut termasuk dalam soal khilafiah. So, takde masalah pun sama ada nak baca atau tidak. Cuma apabila kita berada dalam masyarakat yang berpegang pada mazhab Syafie, ketika menunaikan solat secara berjamaah, elok kita baca supaya tidak timbul fitnah. Akan tetapi apabila kita berada di Makkah, dan apabila imam di Makkah tak baca, tak perlulah juga untuk kita baca sebab ikut imam itu yang lebih dituntut.

wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts: 154
Registration date: 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: doa qunut

Post by puterisalju on Tue Jan 20, 2009 10:40 am

Salam...

terima kasih buat minew7.

di sini saya masih kurang jelas tentang sujud sahwi. Spt kata ust shauqi tidak salah tak buat bacaan qunut. Jadi kalau saya tidak buat bacaan qunut adakah saya kena buat sujud sahwi.

Dan bagaimana bacaan serta cara sujud sahwi yg di tuntut.

terima kasih ust.

puterisalju
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts: 33
Registration date: 2008-11-22

View user profile

Back to top Go down

Re: doa qunut

Post by shauqi on Tue Jan 20, 2009 1:11 pm

Salam...

Dalam mazhab Syafei, doa qunut merupakan sunat yang dituntut, oleh itu sekiranya terlupa untuk membacanya, maka disunatkan untuk sujud sahwi iaitu selepas membaca tahiyyat sebelum bagi salam, sujud dua kali macam biasa lepas tu baru beri salam. Bacaan dalam sujud sahwi boleh baca bacaan biasa yg dibaca semasa sujud atau boleh juga dibaca: Subhaana mallaa yanaamu wa laa yashu.. (سبحان من لا ينام ولا يسهو).... yang bermaksud "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa". Kalau terlupa juga untuk sujud sahwi, tidak mengapa, iaitu tidak membatalkan solat.

wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts: 154
Registration date: 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: doa qunut

Post by puterisalju on Wed Jan 21, 2009 11:42 am

salam ust,

kalau mcm tu ... makna nya bila kita lupa qunut lalu kena sujud sahwi, tapi mcm mana kalau saya pilih utk solat subuh tanpa qunut dan tidak membuat sujud sahwi dengan sengaja. Adakah solat subuh saya itu sah.

terima kasih ust

puterisalju
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts: 33
Registration date: 2008-11-22

View user profile

Back to top Go down

Re: doa qunut

Post by shauqi on Wed Jan 21, 2009 2:47 pm

salam...

solat sah.

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts: 154
Registration date: 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Doa-doa qunut..

Post by Al-Alief on Sun Mar 15, 2009 5:55 pm

Assalaamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Doa qunut ada tiga macam. Pertama, doa Qunut Nazilah, iaitu doa yang dibacakan setelah ruku' (i'tidal) pada rakaat terakhir shalat. Hukumnya sunnah haiat (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan karena ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti serangan rejim zionis ke atas gaza baru-baru ni, bencana alam, flu burung, dan lainnya.

Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra' (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur'an) di sumur Ma'unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahwa "Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka baginda doa qunut setelah ruku' " (HR. Bukhori dan Ahmad).

Kedua, qunut shalat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku' pada setiap shalat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku'. Menurut Pengikut Imam Syafi' (syafi'iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir shalat witir setelah ruku' pada separuh kedua bulan Ramadlan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.

Ketiga, doa qunut pada raka'at kedua shalat Shubuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut shalat Shubuh hukumnya tidak disunnahkan karena hadits Nabi SAW bahwa ia pernah melakukan doa qunut pada saat shalat Fajar selama sebulan telah dihapus (mansukh) dengan ijma' sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud:

"Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud: Bahwa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya."¯ (HR. Muslim)

Menurut pengikut Imam Malik (Malikiyyah) doa qunut shalat Shubuh hukumnya sunnah tetapi disyaratkan pelahan saja (sirr). Begitu juga menurut Syafi'iyyah hukumnya sunnah ab'ad (kalau lupa tertinggal disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka'at yang kedua shalat Shubuh. Sebab Rasulullah SAW ketika mengangkat kepala dari ruku' (iktidal) pada rakaat kedua shalat Shubuh beliau membaca qunut. Dan demikian itu "Rasulullah SAW lakukan sampai meninggal dunia (wafat)". (HR. Ahmad dan Abd Raziq) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu'nya:

Dalam Madzhab kita (madzhab Syafi') disunnahkan membaca qunut dalam shalat Shubuh, baik kerana ada mushibah maupun tidak. Inilah pendapat majoriti ulama' salaf'¯. (al-Majmu', juz 1 : 504)

Pendapat tentang bagaimana dua hadits tentang doa qunut pada shalat Shubuh yang tampak tidak sejalan. Cara kompromi untuk mendapat kesimpulan hukum (thariqatu al-jam'i wa al-taufiiq) dapat diuraikan, bahwa hadits Abu Mas'ud (dalil pendapat Hanafiyyah dan Hanabilah) menegaskan bahwa Nabi SAW telah melakukan qunut selama sebulan lalu meninggalkannya tidak secara tegas bahwa hadits tersebut melarang qunut shalat Shubuh setelah itu. Hanya menurut interpretasi ulama yang menyimpulkan bahwa qunut shalat Shubut dihapus (mansukh) dan tidak perlu diamalkan oleh umat Muhammad SAW. Sedangkan hadits Anas bin Malik (dalil pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah) menjelaskan bahwa Nabi SAW melakukan qunut shalat Shubuh dan terus melakukannya sampai baginda wafat.

Kesimpulannya, ketika interpretasi sebahagian ulama bertentangan dengan pendapat ulama lainnya dan makna teks tersurat (dzahirun nashs) hadits, maka yang ditetapkan (taqrir) adalah hukum yang sesuai dengan pendapat ulama yang berdasarkan teks tersurat hadits shahih. Jadi, hukum doa qunut pada shalat Shubuh adalah sunnah ab'adl, yakni ibadah sunnah yang jika lupa tertinggal mengerjakannya disunatkan melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam.

* Tertinggal rukun wajib dalam sembahyang tidak memadai ditampung dengan sujud sahwi sahaja, wajib kita ulangi atau kembali dari tempat terlupa tadi dan disunatkan sujud sahwi sebelum salam.

Wallahu a'lam bi -shawab.

Al-Alief
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts: 1
Registration date: 2009-03-15

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum