Mari Belajar Bahasa Arab
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

macammana nak kusai bhs arab?

5 posters

Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty macammana nak kusai bhs arab?

Post by noramirah Thu Jan 08, 2009 6:19 pm

salam ya ustaz,ana nak taye macammana nak kuasai bahasa arab terutamanye nak tahu makne dan barisnye. pastu nak praktikan dalam perckapan.ha lagi satu dalam penulisan dalam kertas kerja macammane nak buat ayat yang sedap dibaca dan mudah difahami.diharap ustaz dapat memberi petua dlm menguasai bhs arab.sekian syukran. Smile

noramirah
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 7
Registration date : 2008-08-30

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by zulismail Fri Jan 09, 2009 8:06 am

noramirah wrote:salam ya ustaz,ana nak taye macammana nak kuasai bahasa arab terutamanye nak tahu makne dan barisnye. pastu nak praktikan dalam perckapan.ha lagi satu dalam penulisan dalam kertas kerja macammane nak buat ayat yang sedap dibaca dan mudah difahami.diharap ustaz dapat memberi petua dlm menguasai bhs arab.sekian syukran. Smile

wslm wm wb...
soalan ini adalah soalan yang difikirkan oleh hampir semua orang.. rabbit
Jawapan mudah, ambil kelas bahasa Arab secara konsisten Smile zulzul9

Nak tahu makna, kene gunakan kamus. yang terbaik boleh saya cadangkan: al-Mawrid, sebab ia memberi banyak makna untuk satu2 entri dalam bahasa arab dan inggeris, so memudahkan kita untuk memahami maksud keseluruhannya. Kedua, ia mudah untuk digunakan kerana tidak menggunakan kata dasar dalam susunan entrinya. Kamus (dan ilmu saraf juga - bukan urat sarat, tapi sarf) juga membantu kita menyebut keseluruhan baris dalam perkataan dengan betul, melainkan baris akhir.

Download kamus mawrid: https://arabic.darkbb.com/perkongsian-bahan-dalam-bahasa-arab-sharing-arabic-resources-f45/kamus-al-mawrid-dalam-format-pdf-untuk-dikongsi-bersama-t148.htm

Download kamus al-mu'jam al-wasit: https://arabic.darkbb.com/perkongsian-bahan-dalam-bahasa-arab-sharing-arabic-resources-f45/al-mu-jam-al-wasit-untuk-dikongsi-bersama-t152.htm

Nak tahu baris (baris akhir), kenelah belajar ilmu nahu. Di universiti dalam dan luar negara, sesetengahnya ada lebih dari satu subjek nahu. Nahu 1, 2, 3 dan 4. Hmm, maknanya kena belajar 2 ke 3 semester. Kenapa? kerana banyaknya isu dalam nahu Arab. Walaupun banyak, ia sangat menarik dan menepati logik. Walaupun begitu, ia masih boleh diringkaskan. kene cari buku di pasaran yang mudah2. Di antara cara nak mahir membariskan perkataan arab, berlatih i`rab, saya cadangkan guna buku al-nahw al-wazifi.

Nak praktik bercakap? kene cari kawan Arab dan berkawan dengan dia, ataupun kawan dari bangsa asing yang belajar bahasa Arab, macam turki, afrika dll. Nak cari kawan melayu boleh, tetapi kene bersungguh, kerana kadang2 end up with malay juga akhirnya.

nak buat ayat sedap, sebenarnya mestilah bermula dengan banyak membaca. sebab melalui pembacaan kita akan menjiwai bahasa yang kita baca, ayat2nya, dan akhirnya kita akan menggarap gaya bahasa penulis itu untuk menjadi gaya bahasa kita sendiri.

harap membantu.

p/s: kalau saya atau orang lain ada jawapan yang mudah untuk semua soalan noramirah ni, mestilah dah ramai yang sangat mahir berbahasa Arab. Realitinya, orang malaysia masih tersangat kurang yang mahir. Pelajar kita belajar bahasa Arab dari sekolah rendah atau menengah, (6 ke 11 tahun), tetapi cubalah lihat hasilnya (b. inggeris pun agaknya lebih kurang gitu, tetapi lebih baik mungkin kerana persekitaran). Banyak faktor yang perlu dikaji; silibus, mentaliti, kesungguhan, faktor sekeliling dsb.

tetapi, jangan patah semangat, kerana ramai juga yang mampu dengan cemerlang untuk menguasai bahasa Arab, setidaknya dalam kemahiran membaca memahami dan menulis.
zulismail
zulismail
Admin
Admin

Number of posts : 659
Age : 49
Lokasi : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-03-20

http://www.zulismail.com

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by noramirah Fri Jan 09, 2009 10:10 pm

terima kasih,syukran,thank you.moga nasihat ustaz dapat membantu. Smile aminn..

noramirah
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 7
Registration date : 2008-08-30

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by noramirah Fri Jan 09, 2009 10:33 pm

salam ustaz,ustaz ada kamus معجم المنجد في اللغة لعلي بن الحسن الهناءيtak?ana kene kaji kamus ni.pastu kene bentang kat kelas pd hari rabu ni.harap ustaz dapat membantu. Very Happy

noramirah
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 7
Registration date : 2008-08-30

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by zulismail Sat Jan 10, 2009 2:12 pm

zulismail
zulismail
Admin
Admin

Number of posts : 659
Age : 49
Lokasi : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-03-20

http://www.zulismail.com

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by Nur Hidayah Mon Jan 12, 2009 5:32 pm

Assalamualaikum ya ustaz,
Saya ingin bertanya kepada ustaz, bagaimanakah caranya
untuk saya menguasai Bahasa Arab lebih-lebih lagi
dalam qawaidnya yang sangat luas...?
Dan bagaimana pula cara untuk mempraktikkannya...?

Syukran jazilan Smile

Nur Hidayah
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 1
Age : 32
Lokasi : Selangor
Registration date : 2008-12-21

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by zulismail Tue Jan 13, 2009 8:34 am

wslm.. rasanya dah jawab dalam post di atas.

Di sini saya ulangkan semula:
Nak tahu baris (baris akhir), kenelah belajar ilmu nahu. Di universiti dalam dan luar negara, sesetengahnya ada lebih dari satu subjek nahu. Nahu 1, 2, 3 dan 4. Hmm, maknanya kena belajar 2 ke 3 semester. Kenapa? kerana banyaknya isu dalam nahu Arab. Walaupun banyak, ia sangat menarik dan menepati logik. Walaupun begitu, ia masih boleh diringkaskan. kene cari buku di pasaran yang mudah2. Di antara cara nak mahir membariskan perkataan arab, berlatih i`rab, saya cadangkan guna buku al-nahw al-wazifi.

tips yang lain, mungkin boleh cuba kuasai semua topik nahu tersebut secara umum, pastikan dapat dibezakan semua unsur2 penting macam perbezaan di antara mubtada khabar sifat mausuf fa`il maf`ul huruf jar, tamyiz, kana, inna, adawat nasb, adawat jazm, dll..

lepas tu cuba praktis untuk i'rab setiap teks yang dibaca, secara umum, tidak semestinya i'rab kamil

bila jumpa kemusykilan, cubalah kita berbincang

semoga berjaya
zulismail
zulismail
Admin
Admin

Number of posts : 659
Age : 49
Lokasi : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-03-20

http://www.zulismail.com

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by siti2373 Mon Feb 02, 2009 3:18 pm

assalamualaikum ustaz
dlm byk2 buku , buku apa yg ustaz suggest utk digunakan dalam belajar bahasa arab untuk al quran dan percakapan harian.

siti2373
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 1
Registration date : 2009-02-02

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by zulismail Tue Feb 03, 2009 2:26 pm

waalaikumussalam

kalau nak buku free online, boleh tengok bahagian berkongsi sumber belajar bahasa arab di internet

buku di pasaran, pada pandangan saya hampir semua ok, tetapi memang perlu guru yang mengajar terutama pada peringkat awal
zulismail
zulismail
Admin
Admin

Number of posts : 659
Age : 49
Lokasi : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-03-20

http://www.zulismail.com

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by azharassyurtiy Mon Apr 11, 2011 8:01 pm

kene rajin ulangkaji...rajin2 bcakap arab...rajin menghafal...rajin bertanya...rujuk moderator
azharassyurtiy
azharassyurtiy
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 21
Registration date : 2011-04-10

Back to top Go down

macammana nak kusai bhs arab? Empty Re: macammana nak kusai bhs arab?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum