ahli keluarga nazak apa perlu dilakukan?

View previous topic View next topic Go down

ahli keluarga nazak apa perlu dilakukan?

Post by sabila05 on Wed Oct 22, 2008 11:51 pm

Assalamualaikum! ustaz ana ingin tahu apakah yg perlu dilakukan oleh si anak jika menghadapi situasi ahli keluarga yg sedang nazak. Surah apakah yg perlu dibaca selain Yasin.2) Apakah yg perlu dilakukan oleh sianak jika mendapati ahli keluarganya menghadapi kesukaran dlm sakaratulmaut sehingga berhari-hari lamanya. 3) Setelah sejurus ahli keluarga menghembus nafas yg terakhir apa yg perlu dilakukan? semoga ust dpt membantu

sabila05
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 13
Registration date : 2008-05-07

View user profile

Back to top Go down

Re: ahli keluarga nazak apa perlu dilakukan?

Post by shauqi on Mon Oct 27, 2008 1:56 pm

waalaikumsalam...

1. Boleh baca surah Yasin dan surah al-Ra'd... talqinkan orang yang nak mati dengan kalimah Lailahaillallah sebagaimana sabda nabi : لقنوا موتاكم لاإله إلا الله... yg bermaksud: 'talqinkan pada org yg hampir mati dengan kalimah Lailahaillallah.
2. Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan sakratulmaut dan tunaikanlah solat hajat.
3. tindakan awal ketika berlaku kematian : i. menutup mata mayat, hendaklah juga ditutup mulut mayat dgn diikat drp bawah dagu hingga ke atas kepalanya agar mulutnya tak terbuka, ii. melembutkan sendi-sendi anggota mayat seperti jari, siku, lutut dan kaki, iii. meletakkan sesuatu yg sederhana berat atas perut mayat agar perut tidak kembung, iv. tubuh badan mayat hendaklah ditutup agar tidak terdedah auratnya kemudian diletakkan pada tempat yg sesuai spt di atas katil dlm keadaan menghadap kiblat serta meletakkan kedua-dua tangannya di atas dada macam qiam dalam solat.

wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum