solat jamak kerana niaga dipasar malam

View previous topic View next topic Go down

solat jamak kerana niaga dipasar malam

Post by sabila05 on Thu May 29, 2008 12:09 am

assalamualaikum ya ustaz .Ana ade terbaca metro ahad lepas ,seorang ustazah hadhari memberi ulasan tentang keharusan solat jamak kerana niaga dipasar malam dan bagaimana pula hukum solat jamak bagi urusan walimatul-urus jika ia mendapat kelapangan waktu utk membolehkannya solat cth kenduri kahwin tersebut selesai sebelum masuk waktu asar iaitu jam 3pm sedangkan aturcara majlis sehingga 5pm.Berbalik pada soalan utama tadi jadi sia-sialah usaha murni exco agama di Selangor utk mendirikan tempat solat disetiap pasar malam yg berjauhan dgn masjid atau surau . Harap dapat penjelasan ust.

sabila05
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 13
Registration date : 2008-05-07

View user profile

Back to top Go down

Re: solat jamak kerana niaga dipasar malam

Post by shauqi on Thu May 29, 2008 4:03 pm

waalaikumsalam....

Pada zaman sekarang ni...ramai sangat yang mengambil mudah dalam hal ibadat terutamanya solat. Kalau boleh mereka tak nak solat langsung. Sedangkan solat merupakan ibadat yang paling penting bahkan ia merupakan amalan pertama yang akan dihitung diakhirat kelak berdasarkan hadis nabi saw yang bermaksud : "Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak ialah solat" (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Memang ibadat ni sesuatu yang mudah tapi jangan sampai 'mempermudah'kannya. Ringkasnya...persoalan jamak solat ini telah dibincang dengan panjang lebar oleh para ulama' dalam kitab2 fiqh...dan kesimpulannya boleh dinyatakan bahawa keharusan menjamak solat adalah berdasarkan perkara berikut:
1. Jamak kerana musafir
2. Jamak kerana hujan
3. Jamak kerana sakit
4. Jamak kerana sesuatu hajat yg amat mendesak (Darurat)

Jadi jamak sebab berniaga pasar malam tak masuk dalam kategori yang boleh jamak...begitu juga dengan walimatul urus...tak termasuk dalam kategori jamak yang dibenarkan.

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: solat jamak kerana niaga dipasar malam

Post by sabila05 on Thu May 29, 2008 7:57 pm

terima kasih ust.

sabila05
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 13
Registration date : 2008-05-07

View user profile

Back to top Go down

Re: solat jamak kerana niaga dipasar malam

Post by Sponsored content Today at 1:55 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum