zihar

View previous topic View next topic Go down

zihar

Post by fairus on Mon May 05, 2008 11:08 pm

assalamualaikum ust........ saya kurang faham tentang zihar, tajuk ni adalah salah satu unit dalam tajuk masalah rumahtangga, buku teks ting.5, kem.pelajaran msia.saya ingin mendapat penjelasan lanjut drpd ust tentang zihar ni kerana apa yg ada dlm buku tu terlalu ringkas dan sukar difahami.antara yg meragukan saya : 1.Adakah zihar masih diamalkan dlm masyarakat kita skrg? 2.Apakah tujuan zihar digunakan? 3.Kalau suami menyamakan isterinya dgn mana2 anggota badan mahramnya untuk tujuan memuji kecantikan, adakah itu juga dinamakan zihar? syukran jazilan ala ust.

fairus
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 27
Registration date : 2008-04-02

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by shauqi on Tue May 06, 2008 2:43 pm

waalaikumsalam...

Zihar pada zaman Jahiliyyah adalah satu bentuk cerai atau talak. Iaitu satu bentuk talak yg dianggap paling tak elok. Pada zaman Islam...zihar hanya berlaku apabila Aus Bin Somit menziharkan isterinya iaitu Khawlah. Lalu Khawlah pun berjumpa nabi saw untuk bertanyakan tentang perkara ini...apakah jatuh talak atau bagaimana? kerana ia baru pertama kali berlaku dalam zaman Islam. Nabi menunggu wahyu dari Allah, lalu turun jawapannya dalam surah al-Mujadalah ayat 1-4. Maksud firman Allah Surah al-Mujadalah:


1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan
memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad)
mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara Yang
menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


2. Orang-orang Yang "ziharkan" isterinya
dari kalangan kamu (adalah orang-orang Yang bersalah, kerana) isteri-isteri
mereka bukanlah ibu-ibu mereka. ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah
perempuan-perempuan Yang melahirkan mereka. dan Sesungguhnya mereka (dengan
melakukan Yang demikian) memperkatakan suatu perkara Yang mungkar dan dusta.
dan (ingatlah), Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


3. Dan orang-orang Yang "ziharkan"
isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa Yang mereka ucapkan (bahawa
isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang
hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum Yang
demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara Yang mungkar
itu). dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu
lakukan.


4. Kemudian, sesiapa Yang tidak dapat (memerdekakan
hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka
(suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa Yang tidak sanggup berpuasa,
maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. ditetapkan hukum itu
untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi
perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). dan itulah batas-batas hukum Allah;
dan bagi orang-orang Yang kafir disediakan azab seksa Yang tidak terperi
sakitnya.


Zihar amat jarang dilakukan oleh masyarakat kita...akan tetapi, sekiranya zihar itu diamalkan pada hari ini....maka ia tertakluk kepada hukum sebagaimana yang disebut dalam ayat quran di atas. Sebab apa zihar diharamkan? Ia diharamkan kerana tak layak seseorang itu menyamakan anggota tubuh badan isterinya dengan ibunya....sebagai contoh dia mengatakan kepada isterinya .... punggungmu sama seperti punggung ibu... penyamaaan anggota badan isteri yang disetubuhi dengan ibunya merupakan sesuatu yg jelek dan haram...sebab itu dikenakan kaffarah...selagi mana tak bayar kaffarah...maka ia tak boleh 'bersama' atau bersetubuh dengan isterinya. Tidak termasuk zihar sekiranya tidak menyamakan anggota badan seperti kecantikanmu macam ibu...kamu pandai memasak macam ibu...ini semua tak termasuk zihar.


wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by fairus on Tue May 06, 2008 3:41 pm

tapi ust...sy masih belum faham...mcmn pula klu suami menyamakan isterinya dgn mahramnya (cth:kakak@ibunya), dengan bermaksud untuk memuji isterinya dari sudut kecantikan.sbg cth, suami cakap pd isteri, rambut awak cantik, macam rambut kakak. atau kulit awak cantik, putih macam mak.adakah ini tmasuk dlm zihar wp suami tiada niat ke arah itu dan maksud sebenarnya hanyalah tujuan memuji.syukran ust.

fairus
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 27
Registration date : 2008-04-02

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by shauqi on Wed May 07, 2008 4:38 pm

salam...

Jumhur ulama' menyatakan bahawa zihar hanya berkaitan dengan ibu sahaja iaitu menyamakan isteri dengan tubuh ibu...akan tetapi kalau menyamakan isteri dengan mahram yg lain macam kakak dan seumpamanya maka tidak dikira zihar. Manakala pandangan Abu Hanifah dan salah satu pendapat dalam mazhab Syafei menyatakan bahawa diqiaskan bagi ibu itu ialah mahramnya. Menurut pandangan ini bukan sahaja ibu, akan tetapi apabila menyamakan isteri dengan tubuh salah seorang mahram yang haram dikahwini selamanya kerana ada pertalian keturunan, perkahwinan, susuan maka juga dianggap zihar.
Contoh yang diberikan oleh fairus dalam soalan yg dikemukakan tak termasuk zihar kecantikan atau putih satu perkara abstrak.....yang tak bolehnya ialah menyamakan isteri dengan tubuh ibu.... wallahu'alam.

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by zulismail on Wed May 07, 2008 9:19 pm

Wallahu a'lam.. harap ust sukki dapat huraikan perlunya zihar ini disertakan dengan niat zihar.. tanpa niat zihar ia sama sekali tidak menjadi zihar, walaupun disamakan dengan ibu.. betulkan? setahu ana zihar bukan bermaksud semata2 menyamakan isteri dengan ibu, tetapi dengan niat zihar atau meletakkan isteri di satu situasi yang tergantung, dan tidak lagi sebagai status isteri yang normal.. semacam mendera dan menganiaya isteri

_________________
Visit My Website

zulismail
Admin
Admin

Number of posts : 659
Age : 42
Lokasi : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-03-20

View user profile http://www.zulismail.com

Back to top Go down

Re: zihar

Post by shauqi on Thu May 08, 2008 7:03 am

Salam...

Rukun Zihar ada empat:
1. Orang yg melakukan zihar (suami)
2. Orang yang diziharkan (isteri)
3. Perkara yang diserupakan - (a) iaitu Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung,
perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Menyamakan dengan kepala, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR. (b) Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin seperti ibu.
4. Lafaz Zihar

## Perbincangan Tentang Lafaz Zihar
Terdapat beberapa kategori lafaz zihar iaitu:
1. Lafaz Sarih: ia adalah lafaz yang menunjukkan zihar secara jelas, iaitu sesiapa pun yang mendengar lafaz tersebut akan memahami bahawa ia adalah zihar. Lafaz sarih TIDAK perlukan pada niat bahkan akan jatuh zihar sekiranya dilafaz secara sedemikian walau tanpa niat. Contoh seorang suami berkata pada isterinya: Engkau bagiku seumpama punggung ibuku.
2. Lafaz Kinayah. Contohnya ialah suami berkata pada isteri: Awak bagiku seperti ibuku. Sekiranya niat zihar maka jatuh zihar, tapi kalau tak niat zihar seperti nak memuliakan keudukan isteri macam ibunya atau tua macam ibunya...maka tidak jatuh zihar

wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by fairus on Fri May 09, 2008 5:21 pm

terima kasih byk2 utk semua ust.zul, ust.shauqi dan ust.sukki.........sekarang baru jelas kefahaman sy ttg zihar ni.Senang skt nk hurai bl student tny mcm2.Sbenarnya tajuk ni tlh sy bincangkan dlm panitia pend.Islam d sek bsama2 dgn 4org lg guru agama.Namun.......jawapannya tetap kabur ttg zihar ni.Jd amat sukar bg kami d sek utk mendepani para pelajar jk kefahaman kami sdiri pun kabur.TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA DIUCAPKAN BUAT SEMUA KERANA TELAH MEMBERI PEMAHAMAN YG JELAS BUAT SY DAN SEMUA........RUANGAN BELAJAR B.ARAB NI SGT EFEKTIF UTK SEMUA GOLONGAN GURU,MURID,SURI RUMAH DLL.SYUKRAN.

fairus
Baru Join Sikit-sikit
Baru Join Sikit-sikit

Number of posts : 27
Registration date : 2008-04-02

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by shauqi on Fri May 23, 2008 5:57 pm

salam fairus...

sama2...moga dapat menjadi pendidik yang cemerlang Insya allah... ust shauqi dan ust sukki tu orang yang sama Very Happy

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by rosalinda on Thu Aug 21, 2008 2:49 pm

harap sy tidak terlambat.bagaimana pula jika bkl suami sy mengatakan yg wajah sy ade iras arwah kakaknya.bile die lihat sy ,mesti die teringat kan arwah kakaknya sbb die mmg rapat dengan arwah dulu.adakah ini membahayakan kami bile kami berkahwin nnt?

rosalinda
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 1
Registration date : 2008-08-21

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by shauqi on Tue Aug 26, 2008 11:00 am

waalaikumsalam...

tak akan terjadi zihar sebab muka tak termasuk dalam anggota yg menjatuhkan hukuman zihar. Zihar ini ialah menyamakan isteri dengan anggota tubuh ibu (antara pusat dan lutut i.e punggung ) . So takde masalah. Selamat Berkahwin.

wassalam.

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by SYOOK on Sun Sep 07, 2008 1:56 pm

ASSALAMUALAIKUM..USTAZ..

SAYA INGIN BERTANYA... BAGAIMANA JIKA SAYA MENYAMAKAN ANGGOTA SULIT ANAK PEREMPUAN SAYA DENGAN ANGGOTA SULIT ISTERI SAYA...

SYOOK
Baru Je Join
Baru Je Join

Number of posts : 1
Registration date : 2008-09-07

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by shauqi on Mon Oct 27, 2008 2:09 pm

Waalaikumussalam....

Jumhur ulama' menyatakan bahawa zihar hanya berkaitan dengan ibu sahaja iaitu menyamakan isteri dengan tubuh ibu...akan tetapi kalau menyamakan isteri dengan mahram yg lain macam kakak dan seumpamanya maka tidak dikira zihar.

wallahu'alam

_________________
Jemput ke blog ana di alamat:
www.ustazshauqi.blogspot.com

shauqi
Moderator
Moderator

Number of posts : 154
Registration date : 2008-03-25

View user profile

Back to top Go down

Re: zihar

Post by Sponsored content Today at 1:19 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum